suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hyun Bin tiada laman sosial, agensi harap peminat tidak tertipu dengan akaun palsu

Agensi terima banyak laporan mengenai akaun palsu laman sosial yang menyamar sebagai Hyun Bin.

AGENSI VAST Entertainment tampil mengeluarkan kenyataan rasmi selepas menerima banyak laporan mengenai akaun palsu yang menyamar sebagai artis di bawah naungan mereka iaitu pelakon Hyun Bin.

Menerusi akaun Instagram rasmi VAST Entertaiment, pihak mereka menegaskan bahawa Hyun Bin tidak mempunyai sebarang akaun peribadi laman sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook.

"Kami menerima banyak laporan mengenai akaun palsu yang menyamar sebagai artis di bawah pengurusan syarikat kami. Kami masih tidak membuka sebarang akaun laman sosial selain akaun rasmi yang disenaraikan.

"Selain itu, Hyun Bin juga tidak mempunyai akaun peribadi laman sosial. Kami meminta peminat untuk memperhatikan perkara itu dan melindungi diri anda daripada sebarang penipuan.

"Kami juga akan melakukan yang terbaik untuk memantau web secara berterusan untuk mengelakkan masalah selanjutnya," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain