suria

Dua tahun berehat... Shah Rukh Khan kembali dengan dua watak dalam sebuah filem

Shah Rukh Khan bawa dua watak dalam filem terbaharu.

SELEPAS berehat hampir dua tahun, akhirnya pelakon Datuk Shah Rukh Khan bakal muncul dalam filem terbaharu yang dijangka akan ditayangkan tahun depan.

Menurut laporan FilmFare, Shah Rukh Khan kini sedang mempersiapkan diri tampil dalam naskhah baharu selepas filem Zero yang ditayangkan pada 2018.

Sumber mendedahkan Shah Rukh Khan bersetuju untuk membintangi tiga projek lakonan sekaligus tahun depan.

Salah satu projek tersebut merupakan filem arahan pengarah terkenal, Atlee.

Menerusi laporan Mumbai Mirror, Shah Rukh Khan akan membawa dua watak dalam filem arahan Atlee itu.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pengesahan rasmi mengenai projek lakonan tersebut.

Umum mengetahui ini bukanlah pertama kali Shah Rukh Khan memegang dua watak dalam sebuah filem.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain