suria

Peminat bongkar penyanyi Indonesia Via Vallen ciplak MV 'Above The Time' nyanyian IU

Muzik video penyanyi Indonesia Via Vallen (kanan) ada persamaan dengan MV IU.

KECOH! Peminat penyanyi Kpop, IU tidak berpuas hati dan mendakwa penyanyi Indonesia Via Vallen telah menciplak konsep muzik video lagu Above The Time dalam lagu baharunya berjudul Kasih Dengarkanlah Aku.

Seorang netizen turut memuat naik tangkapan skrin yang memperlihatkan persamaan di antara kedua-dua muzik video berkenaan.

Netizen terutamanya peminat pelakon Hotel Del Luna itu memberitahu muzik video yang dilancarkan artis Indonesia itu bukanlah parodi sebaliknya video sebenar.



Konsep, jalan cerita dan prop yang digunakan ada persamaan.

Mereka turut mendakwa muzik video itu diciplak 100 peratus dari awal hingga akhir secara terang-terangan. Ia termasuk aspek jalan cerita dan alat-alat yang digunakan sebagai prop.

Bagaimanapun, muzik video Via Vallen itu sudah pun dipadamkan daripada YouTube dan penyanyi itu juga meminta maaf terhadap perkara memalukan itu.

Syarikat pengurusannya menjelaskan mereka tidak tahu tentang kewujudan muzik video IU dan hanya mengikut arahan pengarah.

SUMBER: ALLKPOP

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain