suria

Kim Won Hae dan Heo Dong Won bebas Covid-19 selepas hampir sebulan dirawat di hospital

Keputusan terakhir ujian saringan Covid-19 dua pelakon ini didapati negatif.

DUA selebriti K-pop iaitu Kim Won Hae and Heo Dong Won kini disahkan sudah sembuh sepenuhnya daripada wabak Covid-19.

Memetik laporan Soompi, Kim Won Hae dan Haeo Dong Won dijangkiti Covid-19 selepas bekerjasama dengan pelakon Seo Sung Jong yang juga disahkan mengalami jangkitan wabak tersebut pada bulan lalu.

Menurut agensi pengurusan Kim Won Hae, dia telah dibenarkan pulang ke rumah selepas hampir sebulan dirawat dan menjalani kuarantin di sebuah hospital.

"Pada 25 Ogos lalu, Kim Won Hae disahkan positif Covid-19 dan telah menjalani rawatan serta dikuarantinkan. Pada Selasa, keputusan ujian saringannya didapati negatif dan dia dibenarkan untuk pulang ke rumah.

"Kim Won Hae dalam keadaan baik tapi masih perlu berehat berikutan kesan daripada wabak tersebut. Kami akan lakukan yang terbaik untuk menjaga kesihatannya supaya dia dapat kembali bekerja," katanya.

Dalam pada itu, agensi pengurusan Heo Dong Won juga memberitahu pelakon itu telah menjalani kuarantin selama dua minggu secara sendiri dan keputusan ujian saringan terakhirnya didapati negatif.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain