suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jacob Elordi ucap tahniah kepada Zendaya berserta emoji 'love'

Jacob tetap beri ucapan tahniah kepada Zendaya kerana memenangi trofi Pelakon Utama Wanita Terbaik di Anugerah Emmy.

KURANG dari 24 jam melakar sejarah menjadi pemenang termuda trofi Pelakon Utama Wanita Terbaik di Anugerah Emmy pada Isnin lalu, penyanyi Zendaya menerima ucapan tahniah daripada bekas kekasihnya iaitu Jacob Elord.

Memetik laporan Dailymail, Jacob Elord yang juga pelakon filem The Kissing Booth itu mengucapkan tahniah kepada Zendaya menerusi laman Instastory miliknya dengan bersertakan emoji 'love' berwarna hitam dan ungu.

"Congatulations captain @zendaya Bravo," tulis Jacob.

Zendaya memenangi kategori itu menerusi drama lakonannya Euphoria sekali gus mengenepikan nama besar lain termasuk Jennifer Aniston dan Laura Linney.

Khabar angin mengenai hubungan cinta Zendaya dan Jacob mula diperkatakan semenjak mereka meluangkan masa bersama pada tahun lalu namun awal September lalu mereka dikatakan sudah berpisah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain