suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jax Taylor dan Brittany Cartwright bakal timang cahaya mata pertama

Pasangan ini berkongsi foto imbasan bayi mereka di Instagram.

PELAKON Jax Taylor dan isterinya iaitu Brittany Cartwright mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Memetik laporan Hollywoodlife, pasangan itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram dengan memuat naik foto imbasan bayi mereka.

"Ibu dan bapa. Cinta dalam hidup kami akan hadir tidak lama lagi," tulis Brittany di kapsyen foto tersebut.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen dan juga rakan selebriti Kristen Doute, Beau Clark dan Lala Kent.

Pada Julai lalu, foto Brittany sedang menutup perutnya menarik perhatian sehingga menimbulkan khabar angin yang mengatakan dia sedang hamil.

Jax dan Brittany mendirikan rumah tangga pada 29 Jun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara bersederhana dengan dihadiri 240 tetamu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain