suria

Isteri John Legend, Chrissy Teigen terlepas cakap, dedah jantina anak ketiga

John umum Chrissy hamil menerusi video muzik lagu Wild.

ISTERI kepada penyanyi John Legend iaitu Chrissy Teigen secara tidak sengaja mendedahkan dia dan suaminya bakal menimang cahaya mata lelaki.

Menerusi laporan Elle.com, Chrissy yang ketika itu sedang berkongsi keadaan kandungannya menerusi Instagram live baru-baru ini mengelarkan bayinya dengan perkataan 'he' yang merujuk kepada lelaki.

"It’s so weird because the baby’s really, really healthy and he’s big. He’s probably... (Sangat pelik sebab bayi ini sangat sihat dan dia besar. Dia mungkin..," kata Chrissy sambil menutup mulutnya kerana terlepas cakap.

Bagaimanapun, Chrissy dan suaminya hanya membiarkan sahaja peminat berterusan berfikir yang mereka bakal menimang anak lelaki.

Sebelum ini, John Legend berkongsi berita gembira bahawa isterinya kini sedang hamil anak ketiga menerusi video muzik lagu terbaharunya berjudul Wild.

John Legend mendirikan rumah tangga dengan Chrissy Teigen pada 2013 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Luna, 4, and Miles yang kini berusia dua tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain