Afgan angkat berat 30 minit setiap hari

Afgan melakukan senaman angkat berat di rumah selama 30 minit.

MESKIPUN masih dalam tempoh pandemik wabak Covid-19, penyanyi Afgansyah Reza tetap menjalani gaya hidup yang sihat dengan melakukan akvitivi bersenam di rumah.

Memetik laporan Liputan6, Afgansyah atau lebih dikenali sebagai Afgan memberitahu antara aktiviti senaman yang dilakukan di rumah iaitu angkat berat selama 30 minit.

"Lakukan aktiviti bersenam sepanjang tempoh pandemik wajib sebab sebelum ini pun, sudah menjadi kebiasaan saya menjalani gaya hidup sihat.

"Salah satu aktiviti yang saya boleh lakukan di rumah iaitu angkat berat dan tak perlu lama-lama... hanya 30 minit saja. Sebenarnya bersenam ini membuatkan fikiran kita menjadi positif," kata Afgan.

Afgan berkongsi perkara itu ketika konsert ulang tahun ke-22 Herbalife Nutrition Indonesia yang diadakan secara maya pada Sabtu lalu.

Sekitar 3,000 penonton yang menyaksikan konsert virtual itu menerusi saluran Youtube.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain