suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Katy Perry, Orlando Bloom sambut kelahiran anak perempuan, Daisy Dove Bloom

Katy Perry berkongsi berita gembira itu di Instagram miliknya.

PENYANYI Katy Perry dan tunangnya pelakon Orlando Bloom menyambut kelahiran anak pertama mereka pada 26 Ogos lalu.

Pasangan itu turut mendedahkan nama bayi perempuan mereka iaitu Daisy Dove Bloom.

ARTIKEL BERKAITAN: Katy Perry dan Orlando Bloom teruja bakal timang anak perempuan

"Selamat datang ke dunia, Daisy Dove Bloom! Kami berbesar hati memperkenalkan kegembiraan baharu Katy Perry dan Orlando Bloom” ujar satu kenyataan yang dikeluarkan Unicef ​​di akaun Instagramnya.

Perry dan Bloom merupakan Goodwill Ambassadors (Duta Muhibah) untuk kerja amal Unicef.

"Kami terapung bersama cinta dan keajaiban selepas kelahiran anak perempuan kami dengan selamat dan sihat," kata Perry, 35, dan Bloom, 43, dalam posting yang sama.

Pasangan ini menggunakan platform tersebut bagi mengajak peminat-peminatnya menyumbang kepada badan amal tersebut.

Daisy adalah anak pertama Perry dan kedua untuk pelakon Pirates Of The Caribbean. Orlando mempunyai seorang anak lelaki berusia sembilan tahun hasil perkahwinan dengan model Miranda Kerr.

Pada bulan Jun, Perry baharu sahaja melancarkan lagu berjudul Daisies dan akan melancarkan satu lagi single baharu berjudul Smile pada Jumaat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Katy Perry, Orlando Bloom, Hollywood

Artikel Lain