suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Won Hae masih positif Covid-19, berada dalam keadaan stabil

Kim Won Hae dijangkiti Covid-19 pada 19 Ogos lalu.

AKTOR Korea Selatan Kim Won Hae masih menerima rawatan di sebuah pusat kuarantin dan berada dalam keadaan stabil selepas dijangkiti Covid-19 pada 19 Ogos lalu.

Pihak pengurusan pelakon itu Double SG Company mengesahkan perkara itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Kenyataan tersebut menyatakan pengurus kepada aktor tersebut sudah disahkan negatif daripada wabak itu dan sedang menjalani ujian saringan.

"Kim Won Hae disahkan positif Covid-19 pada 19 Ogos lalu selepas salah seorang daripada barisan pelakon teater muzikal Jjambbong turut disahkan positif wabak itu.

"Kini, aktor itu dimasukkan ke sebuah pusat kuarantin dan sedang menerima rawatan. Keadaannya sekarang stabil.

"Pengurus kepada Kim Won Hae sudah disahkan negatif Covid-19 dan akan menjalani ujian saringan dalam masa dua minggu ini," ujarnya.

Sebelum ini, barisan pelakon teater muzikal Jjambobng termasuk Kim Won Hae dan Heo Dong Won dijangkiti Covid-19 daripada aktor Seo Sung Jong.

Sumber: allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kim Won Hae, Covid-19

Artikel Lain