suria

Demi Lovato jual rumah selepas insiden ‘overdose’ dadah

Penyanyi Demi Lovato menjual rumah agamnya kerana tidak dapat pulang ke sana selepas kejadian tersebut.

PENYANYI terkenal antarabangsa Demi Lovato akhirnya menjual rumah agam miliknya di Hollywood Hills, California, Amerika Syarikat iaitu lokasi dia ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah secara berlebihan.

Menerusi laporan Variety, Demi, 27, menghadapi sedikit kerugian pada hartanah itu namun dapat menjualnya dengan nilai $8.25 juta (RM35.3 juta).

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Overdose’ dadah, Demi Lovato tidak sedar diri di rumah

Pada 2016, penyanyi lagu Skyscraper ini membeli rumah seluas 5,600 kaki persegi itu dengan harga $8.3 juta (RM35.5 juta).

Sumber kepada Variety turut melaporkan pembeli rumah tersebut ialah Sam Jordan, anak lelaki kepada agen hartanah terkenal iaitu Wayne Jordan dan aktivis kemanusiaan Quinn Delaney.

"Demi tak pernah pulang ke rumah itu malah bekerja keras untuk cepat sembuh daripada kejadian yang menimpanya di sana," kata sumber tersebut.

Pada mulanya Demi mengiklankan rumah tersebut dengan harga sekitar $9 juta (RM36 juta) pada 2018 namun ia tidak terjual.

Dia kemudian menyewakannya dengan harga $39,500 (RM168,684) sebelum ia dijual kepada Sam.

Sumber: DailyMail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Demi Lovato, overdose, dadah


Artikel Berkaitan

Artikel Lain