suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat meratap, Iz*One terpaksa tunda sehari lancar video muzik ‘Secret Story Of The Swan’

Peminat kecewa klip video lagu terbaharu Iz*One terpaksa ditunda

PEMINAT penyanyi berkumpulan wanita Iz*One meluahkan rasa kecewa gara-gara terpaksa menunggu 18 jam lagi untuk menonton video muzik lagu Secret Story Of The Swan.

Video muzik lagu terbaharu kumpulan yang berasal dari Korea Selatan itu sepatutnya dilancarkan pada pukul 6 petang waktu tempatan.

Jelas pihak syarikat rakaman kumpulan yang mempunyai 12 ahli itu, penundaan perlu dilakukan demi menjamin kualiti video yang terbaik untuk peminat.

"Kami terpaksa memaklumkan video muzik lagu Secret of The Swan yang sepatutnya dilancarakan pukul 6 petang ini (Isnin) terpaksa ditunda.

"Video tersebut hanya akan mula dimuat naik pada tengah hari 16 Jun iaitu esok. Namun kami sudah memuat naik video persembahan secara langsung bagi lagu tersebut sebagai ganti," tulis pihak pengurusan mereka.

Video persembahan langsung lagu Secret Story Of The Swan dapat sambutan luar biasa.

Hasil semakan di YouTube, ketika berita ini ditulis, video persembahan live lagu tersebut kini mendapat hampir 500 ribu tontonan hanya selepas satu jam dilancarkan.

Iz*One merupakan penyanyi berkumpulan wanita yang ditubuhkan pada 2018 melalui sebuah program pencarian bakat menerusi saluran muzik berbayar Korea Selatan.

Perjalanan karier seni mereka yang memuncak ketika itu bagaimanapun terpaksa dihentikan seketika apabila pihak saluran terbabit berhadapan tuduhan dan siasatan kerana memanipulasi sistem undian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain