suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Hollywood Tom Hanks dan isteri disahkan positif Covid-19

Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson positif jangkitan Covid-19.

PELAKON Hollywood, Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson disahkan positif jangkitan Covid-19.

Perkara itu disahkan sendiri aktor itu menerusi sekeping foto yang dimuat naik di Instagram pada Khamis. 

Tom Hank berkata, dia dan isterinya demam ketika berada di Australia. 

Mereka juga sudah diuji dan menunjukkan tanda-tanda terkena jangkitan itu.

"Apa yang perlu dilakukan seterusnya? pegawai perubatan mempunyai protokol yang mesti diikuti.

Perkongsiannya mengenai tahap kesihatan di laman sosial.

"Kami menjalani ujian dan kemudian disahkan positif (Covid-19),” katanya.

Hanks adalah bintang Hollywood pertama yang mengumumkan secara terbuka dijangkiti virus itu.

Hanks dan isterinya kini sedang menjalani penggambaran kisah hidup Elvis Presley.

Berdasarkan laporan Deadline Hollywood, filem kisah hidup Elvis itu diarahkan oleh Baz Luhrmann.

Hanks melakonkan watak pengurus Elvis, Colonel Tom Parker.

Tom Hanks, Rita Wilson, COVID-19

Artikel Lain