Cameron Diaz umum dapat anak perempuan, enggan kongsi foto wajah demi jaga privasi

Cameron dan suami umum dikurniakan anak perempuan.

PASANGAN selebriti Cameron Diaz dan Benji Madden mengumumkan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Raddix Madden.

Cameron yang berkongsi berita gembira itu di Instagram menganggap kehadiran Raddix Madden telah melengkapkan keluarga mereka.

Bagaimanapun aktres itu enggan berkongsi foto dan maklumat lebih lanjut kerana ingin menjaga privasi anak mereka.

"Kami sangat gembira dan bersyukur untuk memulakan dekad baru ini dengan mengumumkan kelahiran anak perempuan kami, Raddix Madden.

Cameron Diaz berkongsi berita gembira di Instagramnya.

"Dia memikat hati dan melengkapkan keluarga kami. Walaupun kami sangat gembira berkongsi berita ini, kami juga ingin melindungi privasi anak kecil kami.

"Oleh itu, kami tidak akan memuat naik gambar atau berkongsi maklumat lanjut. Apa yang boleh kami katakan adalah dia sangat comel," tulisnya.

Pada 22 November tahun lalu, foto Cameron kelihatan langsing dengan mengenakan jean ‘high-waisted’ menguatkan spekulasi mengenai pasangan itu berkemungkinan menggunakan bantuan ibu pengganti ataupun mengambil anak angkat.

Suami Diaz, Benji Madden, 40, adalah vokalis dan gitaris kumpulan rock popular Good Charlotte. 

Cameron Diaz, Benji Madden

Artikel Lain