suria

Selena Gomez kantoi berkunjung ke rumah Niall Horran sendirian

Selena kantoi berkunjung ke rumah Niall sendirian

PENYANYI Selena Gomez kantoi berkunjung ke rumah selebriti Niall Horran dalam diam pada Sabtu lepas. 

Untuk menguatkan fakta, foto bintang Hollywood ini tular di laman sosial apabila gambarnya sempat dirakam oleh jurugambar bebas di Los Angeles.

Gambar tersebut menyaksikan Selena sendirian di hadapan pintu pagar rumah Niall sambil membawa bungkusan plastik makanan.

Bagaimanapun, beberapa hari sebelum kunjungan tersebut, Selena sempat menikmati makan malam bersama Niall dan beberapa sahabat terdekatnya.

Selena dan Niall dikhabarkan bercinta.

Mereka dikatakan mempunyai hubungan istimewa kerana ini bukan kali pertama kunjungan Selena ke rumah Niall.

Menerusi posting selebriti Courtney Lopez di laman sosial Instagram, Selena kelihatan mesra apabila Niall mendakap bahunya

Terdahulu, Selena pernah mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Justin Bieber sebelum disahkan mempunyai gangguan emosi. 

Keadaan Selena kini beransur pulih dan fokus menjalani rawatan sakit mental.

SUMBER:DAILY MAIL

Selena Gomez, Niall Horran

Artikel Berikut

Artikel Lain