suria

Ku Hye Sun mahu kontrak agensi dibatalkan, enggan sebumbung dengan bekas suaminya

Ku Hye Sun mahu pihak agensi membatalkan kontraknya seperti yang diminta sejak Ogos lalu.

PELAKON Ku Hye Sun menjelaskan dia dan bekas suaminya, Ahn Jae Hyun tidak boleh berada dalam pengurusan yang sama disebabkan kemelut rumah tangga mereka.

Menerusi Instagram Ku Hye Sun meminta agensinya untuk membatalkan kontrak seperti yang sudah dijanjikan sebelum ini.

"Saya tidak rasa perlu berada dalam satu pengurusan dengan Ahn Jae Hyun memandangkan situasi kami sekarang tidak baik.

"Pengarah memberitahu saya yang anda akan menamatkan kontrak saya. Kontrak itu hanya diteruskan sekiranya kami masih berkahwin.

Kemelut rumah tangga Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun mula diperkatakan sejak Ogos lalu.

"Saya sudah berfikir untuk meninggalkan agensi ini dan yakin untuk menentang Ahn Jae Hyun. Saya mohon maaf atas kesulitan itu. Saya hargai jika anda boleh membatalkan kontrak tersebut," katanya.

Ku Hye Sun turut memuat naik paparan skrin mesej permintaannya itu yang dihantar kepada presiden agensi tersebut pada Ogos lalu.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan apabila mereka membongkar punca perceraian di laman Instagram masing-masing pada Ogos lalu.

Sumber - Soompi. 


Ku Hye Sun, Ahn Jae Hyun

Artikel Lain