suria

Scarlett Johansson dikritik pertahankan jenayah seksual Woody Allen

Kenyataan Scarlett mempertahankan Woody Allen menerima kritikan netizen termasuk Dylan Farrow.

NAMA pelakon Scarlett Johansson menjadi bualan hangat netizen gara-gara mempertahankan penulis filem terkenal Woody Allen yang didakwa memperkosa anak tirinya kira-kira 25 tahun lalu.

Mangsa tragedi hitam itu, Dylan Farrow yang juga merupakan seorang pelakon turut berang dengan kenyataan yang dikeluarkan Scarlett baru-baru ini.

Menerusi posting yang dimuat naik Dylan di laman Twitter, Scarlett perlu memahami mengenai isu yang ingin diperkatakan itu sebelum membuat sebarang kenyataan yang disifatkannya melulu.

"Banyak lagi perkara yang Scarlett perlu ambil tahu dan faham sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu," tulisnya.

Posting Dylan itu turut menjadi viral sehingga menerima ribuan ulang kicau di laman Twitter.

Dylan (kiri) mendakwa Woody Allen (kanan) pernah mencabulnya sewaktu berusia 7 tahun.

Scarlett sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang mempertahankan tindakan Woody seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak media.

Kata Scarlett, Woody pastinya tidak tergamak melakukan perkara yang disifatkannya sebagai tidak bermoral.

Terdahulu, Allen yang pernah merangkul anugerah Oscar bagi filem komedi Annie Hall, Hannah and Her Sisters dan Midnight in Paris itu didakwa telah melakukan serangan seksual dengan menyentuh beberapa bahagian pada tubuh termasuk kemaluan Dylan ketika wanita itu berusia 7 tahun.

Menurut Dylan perbuatan terkutuk itu dilakukan Allen ketika dia berada di rumah ibunya, Mia Farrow.

Allen bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan menafikan tuduhan berkenaan. - BuzzFeed.news

Scarlett Johansson, Dylan Farrow

Artikel Lain