suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Merokok di tempat awam, Salman Khan ditegur peminat

Peminat minta Salman Khan berasa malu dengan perbuatannya menghisap rokok.

BIARPUN pelakon Salman Khan mempunyai peminat yang sentiasa mempertahankan dirinya namun ada juga segelintir mereka berani untuk menegur kesilapan pelakon itu.

Memetik laporan daripada Hindustantimes, Salman Khan sekali lagi menjadi perhatian apabila video dia sedang menghisap rokok di sebuah festival baru-baru ini tersebar.

Rata-rata peminatnya meluahkan rasa kecewa terhadap Salman Khan dan meminta aktor kegemaran mereka itu berasa malu dengan aksi tersebut.

Peminat tidak suka melihat Salman hisap rokok di tempat awam.

"Brother, tolong berasa malu dengan perbuatan anda," tulis peminatnya.

Beberapa hari lalu, video yang memperlihatkan Salman Khan membuat persembahan tarian Ganpati Aarti bersama Arbaaz di festival itu turut menjadi tular dan menerima kritikan berikutan dia seorang Muslim.

Difahamkan, festival tersebut merupakan anjuran adik perempuan kepada Salmah Khan iaitu Arpita.

Salman Khan

Artikel Lain