suria

Dua Lipa hadir upacara kebumi nenek Anwar Hadid di Belanda

Dua Lipa

BIARPUN baharu sahaja menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti Dua Lipa dan Anwar Hadid dikhabarkan semakin serius.

Pasangan ini sering menghabiskan masa bersama sejak kebelakangan ini namun belum memberi sebarang pengesahan kepada media berkaitan status hubungan itu.

Bukan sekadar cinta biasa, Dua Lipa dikhabarkan menghadiri upacara pengebumian nenek Anwar di Belanda yang meninggal dunia baru-baru ini.

Dua Lipa bersama adik beradik Anwar.

Kemunculan Dua Lipa di kawasan Rotterdam dirakam kamera media.

Dua Lipa tampil dengan dress berwarna hitam sebagai tanda berkabung.

Tidak hanya Dua Lipa, kekasih Gigi Hadid iaitu Tyler Cameron turut hadir memberi sokongan kepada model itu.

Pasangan itu menunjukkan kemesraan ketika berjalan keluar di kawasan perkuburan itu.

SUMBER: Her


Anwar Hadid, Dua Lipa

Artikel Lain