suria

Romantik! Rihanna bercuti di Itali bersama jutawan Arab Saudi dan keluarga

Rihanna mesra bersama Hassan.

PENYANYI sensasi Rihanna dilihat meluangkan masa bercuti bersama teman lelakinya, Hassan Jameel serta keluarga di sebuah pusat peranginan di Capri, Itali pada Rabu.

Menurut laporan metro.uk, pengasas jenama Fenty Beauty yang memiliki nilai kekayaan sekitar AS$600 juta (RM2.4 bilion) itu baru-baru ini dirakam begitu mesra di samping Hassan.

Pasangan romantis ini dilihat menaiki bot sambil menikmati makan tengah hari di Restoran Lo Scoglio di bandar Nerano.

Penyanyi wanita paling kaya di dunia itu sebelum ini pernah menyatakan kesediaan menjadi isteri kepada jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel sekiranya dilamar dalam masa terdekat.

Rihanna mengenakan gaun pendek berwarna putih dilihat begitu mesra bersama teman lelaki di Itali.

Rihanna dan Hassan juga dilaporkan pernah putus cinta pada Julai lalu namun cukup gembira dengan hubungan yang dijalinkan kini.

Hassan Jameel merupakan seorang usahawan muda dan juga pewaris kekayaan keluarganya Abdul Latif Jameel Company.

Keluarganya merupakan antara yang paling kaya di Arab Saudi.

Rihanna, Capri, Hassan Jameel

Artikel Lain