suria

Chris Hemsworth mengaku mencuri di set Marvel

Chris bergurau ketika bersiaran di sebuah stesen radio. Foto: LISK.CO.UK

PELAKON Chris Hemsworth berkata dia pernah mengambil beberapa peralatan atau prop semasa menjalani penggambaran filem Marvel.

Menerusi laporan portal List.co.uk, Chris, mendedahkan perkara itu ketika dia ditemubual oleh stesen radio BBC 2.

Pelakon superhero Thor dalam filem Marvel Cinematic Universe ini berkata dia mengambil barang tersebut secara diam-diam.

Salah satu objek yang berjaya 'dicuri' ialah palu atau hammer Thor.

"Sebenarnya tak boleh ambil... tapi saya ambil juga, saya curi barang-barang mereka.

"Rekod jenayah itu jelas di lokasi penggambaran jadi mereka sentiasa berwaspada memerhatikan saya," selorohnya.

SUMBER: LIST.CO.UK

Chris Hemsworth

Artikel Lain