suria

Kecoh Lady Gaga dan Christian Carino putus tunang

Lady Gaga dan tunangnya, Christian Carino ketika menghadiri sebuah majlis anugerah baru-baru ini.

PENYANYI Lady Gaga dan Christian Carino dilaporkan bukan lagi pasangan kekasih hanya selepas empat bulan mengumumkan pertunangan mereka.

E! News melaporkan pasangan itu berpisah minggu lalu dan Christian dikatakan cuba memujuk Gaga agar tidak meninggalkannya.

Bagaimanapun sumber rapat pasangan itu memaklumkan berita itu tidak benar dan mereka masih bersama.

Peminat mula membuat spekulasi mengenai hubungan mereka apabila kelibat Christian tidak kelihatan ketika Anugerah Grammy 2019 minggu lalu.

Malah Gaga dilihat tidak memakai cincin pertunangannya selain tidak menyebut nama Christian dalam ucapannya ketika memenangi trofi kategori Persembahan Duo/Berkumpulan Terbaik menerusi lagu Shallow.

"Dia tidak memakai cincin tunangnya kerana membuat persembahan. Benar mereka tangguhkan perancangan untuk berkahwin tetapi bukan kerana sudah putus tetapi jadual Gaga terlalu padat," kata sumber itu lagi.

Lady Gaga

Artikel Lain