suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ariana Grande bagi petunjuk 'Imagine', peminat tak sabar nak dengar versi penuh

Peminat tak sabar nak dengar lagu terbaharu berjudul 'Imagine'. Foto Instagram @arianagrande

PENYANYI Ariana Grande membuatkan peminat tidak sabar menantikan kemunculan single terbaharu nyanyiannya berjudul Imagine.

Menerusi Insta story, penyanyi lagu Thank U, Next ini memperdengarkan sedikit rentak muzik dalam lagu tersebut dan turut disertakan dengan widget peringatan masa.

Malah, di laman Twitter dia turut menulis "Imagine, Thursday night" dan status itu telah diulang kicau hampir 50,000 pengguna laman berkenaan.

Rata-rata peminat berkongsi perasaan tidak sabar untuk mendengarkan versi penuh lagu tersebut.

Sebelum ini, Ariana turut memberi keterangan mengenai single tersebut yang disifatkan berlawanan dengan lagu Thank U, Next.

Bekas kekasih Pete Davidson ini turut menjelaskan album terbaharu yang bakal dilancarkan nanti berkisahkan tentang perjalanan kehidupan lalu.

SUMBER: E!News

Ariana Grande

Artikel Lain