suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Han Eun Jung pilih untuk tukar nama pentas yang lebih unik

Han Eun Jung kini mahu dikenali sebagai Han Da Gam.

PELAKON Han Eun Jung mengambil keputusan untuk menukar nama pentasnya kepada Han Da Gam selepas berbincang dengan agensi dan keluarganya.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusannya South Paw Entertainment memberitahu aktres itu mahu dikenali menerusi nama yang unik sebagai seorang pelakon.

"Agensi kami akan mula promosi nama Han Eun Jung kepada Han Da Gam. Dia buat keputusan itu selepas berbincang dengan pihak kami dan keluarganya.

"Dia mahu dikenali menerusi nama yang unik sebagai seorang pelakon dan dia mahu lebih rapat dengan peminat.

"Tolong fikirkan proses ini untuk menjadikan dia pelakon yang lebih baik dan kami berharap anda semua akan menerima dengan hati terbuka," katanya.

Han Eun Jung, Han Da Gam

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia