suria

Rose Blackpink nyanyi lagu Elvis Presley kerana tak boleh tidur

AHLI kumpulan Blackpink, Rose memberitahu bahawa dia mempunyai cara tersendiri jika matanya tidak boleh tidur.

Rose berkata, dia bermain piano dan menyanyi lagu Can’t Help Falling In Love nyanyian Elvis Presley.

Penyanyi berumur 21 tahun itu turut berkongsi nyanyiannya itu di laman Instagram sebagai hadiah kepada peminat-peminatnya yang masih belum tidur.

"Ini persembahan lagu malam ini kerana aku tidak boleh tidur," ujarnya pada kapsyen video berkenaan.

Nyanyian yang mendayu memberi kesan kepada netizen berikutan berbeza dengan karakter lagu-lagu nyanyian Blackpink.

Rata-rata peminatnya memuji dan terhibur dengan persembahan tersebut.

Blackpink

Artikel Lain