suria

Pengawal peribadi didakwa bapa sebenar anak Kylie Jenner

Persamaan wajah anak Kylie Jenner iaitu Stormi dengan bekas pengawal peribadinya menimbulkan keraguan tentang siapakah bapa sebenar bayi perempuan itu.

BEKAS pengawal peribadi Kylie Jenner dikenali sebagai Tim Chung didakwa sebagai bapa kandung kepada anak bintang realiti itu, Stormi yang kini berusia tiga bulan.

Daily Mail melaporkan Tim yang juga seorang pegawai polis enggan menyangkal dakwaan itu ketika dia ditanya sama ada gosip berkenaan betul atau pun tidak.

Sebelum ini, kecoh di laman sosial apabila peminat terkejut wajah Stormi sangat mirip dengan Tim dan mula membuat spekulasi ia adalah anak lelaki itu dan bukan kekasihnya, Travis Scott.

"Kenapa wajah Stormi seiras dengan pengawal peribadi Kylie? Adakah lelaki itu sebenarnya bapa kandung bayi tersebut?

Travis Scott dan Kylie Jenner.

"Kylie sepatutnya berterus-terang sekiranya perkara ini benar kerana wajah mereka benar-benar serupa dan langsung tiada iras Travis," tulis netizen di Twitter.

Malah ada peminat yang menggabungkan gambar bayi perempuan itu dengan wajah Tim yang tidak dapat disangkal mempunyai iras.

Sementara itu, Travis dilaporkan mula berasa ragu-ragu sama ada apa diperkatakan oleh netizen adalah benar.

Bagaimanapun Kylie menyangkal dakwaan tersebut.

Kylie Jenner, Travis Scott

Artikel Lain