suria

Profesor teman wanita Brad Pitt

Profesor dalam bidang seni bina dikenali sebagai Neri Oxman dikatakan teman wanita Brad Bitt.

BINTANG terkenal Hollywood, Brad Pitt dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang arkitek yang juga profesor di sebuah universiti dikenali sebagai Neri Oxman.

Daily Mail melaporkan pasangan itu sudah menjalinkan hubungan sejak enam bulan lalu dan Brad dilihat pernah melawat ke tempat kerja Neri, 42, apabila wanita itu memuat naik gambar pelakon berkenaan bersama pelajarnya di Instagram.

Sumber mendedahkan Brad, 54, mengenali Neri selepas mereka berkolaborasi untuk sebuah projek berhubung hartanah dan seni bina yang sedang diusahakannya.

Rakan sekerja Neri menyifatkan wanita itu sebagai seorang yang pintar dan menawan.

Brad kembali solo selepas mengambil keputusan berpisah dengan aktres Angelina Jolie pada September 2016 dan kini sedang dalam proses perceraian.

Brad dan Angelina mempunyai enam orang anak iaitu Maddox, 16, Zahara, 13, Pax, 14, Shiloh, 11 dan pasangan kembar Knox dan vivienne, 9 tahun.

Brad Pitt

Artikel Sebelum

Artikel Lain