suria

Jimin BTS Tidak Dapat Beraksi Akibat Sakit Leher

SALAH seorang ahli kumpulan Bangtan Boys iaitu Jimin tidak dapat menyertai konsert Wings Tour di Macau yang berlangsung pada Sabtu.

Menerusi kenyataan agensi Big Hit Entertainment, Jimin mengalami kecederaan pada otot leher dan bahunya kini sedang mendapatkan rawatan lanjut.

"Kami ingin memberi maklumat bahawa Jimin sedang mendapatkan rawatan dan tidak dapat muncul dalam beberapa persembahan konsert Wings Tour. Pada Jumaat lalu Jimin mengadu sakit leher dan bahu sebelum turun dari pesawat di Macau.

"Selepas mendapat rawatan, dia dinasihatkan agar banyak berehat dan kurang bergerak," ujarnya.

Tambahnya, Jimin tidak mengikut sebarang tarian atau gerakan ketika konsert berlangsung, namun boleh berada bersama di konsert tersebut.

Pihak hospital mahu dia berehat daripada melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan gerakan. Dia akan ikut keseluruhan konsert biarpun tidak dapat berada di pentas," ujanya.

Pihak pengurusan turut meminta maaf atas kesulitan terbabit dan terutama kepada peminat yang sudah membeli tiket untuk menyaksikan kesemua Bangtan Boys beraksi.

BTS, Jimin

Artikel Lain