suria

Katy Perry Tayang Foto Usia Remaja

Katy Perry merupakan bintang Hollywood yang gemar berkongsi perihal peribadi dan kerjaya di laman sosial.

KEBIASAANNYA kita melihat wajah penyanyi Katy Perry dengan dandanan dan solekan yang cantik.

Namun, baru-baru ini menerusi laman Instagram, penyanyi lagu Firework ini memuat naik foto ketika dia berusia 13 tahun.

Katy turut menulis kapsyen "ketika saya berusia 13 tahun. Ingin menjadi bintang terkenal."

Wajah Katy Perry ketika berusia 13 tahun. Foto Instagram: @katyperry

Hampir 900,000 pengguna laman Instagram menyukai foto yang di muat naik oleh penyanyi berusia 32 tahun ini.

Malah, lebih 8,000 komen ditinggalkan oleh peminatnya dari seluruh dunia.

Dalam foto itu, Katy Perry berada di dalam sebuah studio dan seperti sedang melakukan rakaman suara.

Apa yang menariknya, gambar tersebut memaparkan wajahnya tanpa sebarang solekan, rambutnya berwarna perang asli dan dia tersenyum malu sambil mata melirik kearah kamera.

Menerusi laman portal Mirror, ketika foto ini diambil, Katy Perry menggunakan singkatan nama asalnya iaitu Katy Hudson.

Dia mula dikenali menerusi lagu I Kissed A Girl pada tahun 2008 dan kemudian muncul dengan lagu hit yang lain antaranya Roar, Last Friday Night, dan banyak lagi.

Katy Perry, Instagram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain