suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat Diminta Tidak Hantar Makanan Kepada T.O.P.

T.O.P. kini sedang menjalani latihan ketenteraan. Foto KOREABOO

KELUARGA kepada penyanyi T.O.P. merayu agar peminat tidak lagi menghantar bungkusan makanan kepada ahli kumpulan Big Bang itu yang sedang menjalani latihan ketenteraan.

Kakak kepada penyanyi itu, Choi Hye Yoon menerusi Instagram miliknya memberitahu tindakan itu menyebabkan adiknya dikenakan denda kerana menerima terlalu banyak hadiah dan makanan setiap hari.

Bagiamanapun kata Hye Yoon, mereka sekeluarga menghargai kebaikan dan ingatan peminat terhadap T.O.P. tetapi tindakan itu hanya menimbulkan masalah lain.

"Mungkin ada yang tidak tahu kem latihan tentera di Byeokje melarang pelatih menerima sebarang bungkusan daripada luar dan jika ada mereka akan dikenakan hukuman.

"Jadi saya mohon agar peminat tidak lagi menghantar makanan kepadanya jika tidak mahu dia dikenakan tindakan.

"Kami menghargai perhatian anda semua terhadap T.O.P. tetapi untuk kali ini saya mohon jangan lagi menghantarnya hadiah," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Dalam pada itu, Hye Yoon turut memaklumkan keadaan T.O.P di kem tentera dan memberitahu adiknya baharu sahaja selesai menjalani latihan pertamanya di Nonsan dan sekarang berada di Byeokje.

T.O.P., Big Bang

Artikel Lain