suria

Gambar Mesra Mina (TWICE) & BamBam (GOT7) Tersebar

Gambar swafoto Mina dan BamBam tersebar di internet sehingga menimbulkan gosip mengatakan pasangan itu bercinta.
PENYANYI Mina daripada kumpulan TWICE dan BamBam (GOT7) dikatakan bercinta selepas foto yang memperlihatkan kemesraan mereka berdua tersebar di laman sosial.

Allkpop melaporkan gambar itu pertama kali didedahkan menerusi SNS China sebelum ia menjadi tular namun tidak dapat dipastikan siapa yang melakukan penyebaran gambar tersebut.

Syarikat pengurusan mereka iaitu JYP Entertainment bagaimanapun menyangkal dakwaan pasangan itu sedang bercinta dan menjelaskan mereka hanya berkawan rapat.

JYP bagaimanapun tidak menafikan gambar tersebar itu adalah Mina dan BamBam.

"Mereka hanya mengambil gambar bersama sebagai rakan dan itu tidak bererti Mina dan BamBam bercinta.

"Kami juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan gambar tersebut," kata wakil syarikat itu.

Mina, Twice, BamBam, GOT7

Artikel Lain