suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Giring Berehat Dari Nidji Untuk Sambung Belajar

Giring kini bahagia bersama isteri dan anaknya. Foto Instagram @giring

VOKALIS kumpulan Nidji menafikan khabar angin dia sudah keluar daripada kumpulan berkenaan, sebaliknya memberitahu akan berehat daripada bidang nyanyian buat sementara waktu.

Penyanyi lagu Hapus Aku ini berkata, dia berhasrat untuk menyambung pengajiannya yang tertangguh 12 tahun lalu bagi memberi perhatian kepada kumpulan Nidji.

"Saya tidak meninggalkan Nidji cuma mengambil keputusan untuk berehat sementara sahaja. Saya mahu sambung pengajian semula.

"Saya sudah 15 tahun berada dalam industri dan meninggalkan pendidikan dalam masa yang lama. Pendidikan itu penting buat saya.

"Lagi pula pada usia ini saya mahu lebih banyak waktu bersama keluarga," ujarnya.

Penyanyi itu mengambil keputusan untuk mneyambung pengajiannya dalam bidang Hubungan Antarabangsa di Universiti Paramadina, Indonesia.

 

Giring, Nidji

Artikel Lain