suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengarah 'Jurassic World 2' Kongsi Gambar Di Twitter

PENGARAH filem Jurassic World 2, J. A. Bayona berkongsi gambar di set pengambaran sekuel itu menerusi Twitter buat kali pertama.

Gambar berkenaan menunjukkan seorang budak perempuan berambut perang dalam sebuah muzim dinosaur berdiri melihat tengkorak Triceratops.

Bagaimanapun timbul tanda tanya mengenai watak gadis berkenaan dalam filem tersebut.

Watak utama filem itu ialah Bryce Dallas Howard dengan imej berambut perang.

Bryce membawakan watak sebagai Claire Dearing.

Jadi dikatakan gadis di dalam gambar berkenaan mungkin adalah Claire pada zaman kanak-kanak.

Namun pengarahnya terus membiarkan semua peminat filem itu tertanya-tanya sehingga filem berkenaan ditayangkan pada musim panas depan.
Jurassic World 2

Artikel Lain