suria

Girl’s Day Lancar Album Mini Hujung Mac

Girl’s Day
SELEPAS beberapa bulan ditangguhkan, kumpulan Girl’s Day akhirnya sedia untuk kembali ke dunia muzik dengan pelancaran sebuah album mini.

Menurut laporan koreaboo.com, Girl’s Day akan melancarkan album mini ketujuh mereka pada 27 Mac ini.

Ketika ini Girl’s Day sedang melakukan persiapan akhir untuk album berkenaan dan dijadual akan melakukan pengambaran muzik video pada 12 Mac.

Penerbit lagu-lagu hits seperti Whatta Man, I, dan Married to the Music iaitu Ryan Jhun turut menghasilkan lagu untuk Girl’s Day.

Syarikat Dream Tea Entertainment berkata selepas sekian lama ahli kumpulan itu akhirnya selesai memilih dan merakam lagu-lagu untuk album baharu mereka.

Ia mengambil masa selama 21 bulan bagi Girl’s Day untuk menghasilkan album ini.

Jadi rata-rata peminat mengharapkan agar album tersebut mencapai kualiti yang tinggi selari dengan tempoh masa yang lama untuk menghasilkannya.
Girl’s Day

Artikel Lain