suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Han Groo Dapat Anak Kembar

AKTRES Han Groo dilaporkan baharu sahaja melahirkan cahaya mata kembar minggu lalu.

Seperti dipetik Allkpop, Han Groo dan anak-anaknya kini berada dalam keadaan sihat.

Pelakon berusia 24 tahun itu berkahwin dengan kekasihnya dalam sebuah majlis tertutup pada tahun 2015.

Wakil pengurusan aktres berkenaan memberitahu bahawa pelakon itu masih tiada perancangan untuk kembali ke dunia lakonan.

Dia berehat daripada terlibat sebarang drama selepas mengambil keputusan untuk berkahwin setahun lalu.

"Kami tidak tahu bila boleh dia merancang untuk kembali berlakon, bukan dalam masa terdekat kerana dia perlu rehat yang panjang untuk menyesuaikan diri sebagai ibu," ujar wakil pengurusannya.

Han Groo terkenal dengan drama berjudul Can We Get Married, one Warm Word, Marriage Without Dating.
Han Groo

Artikel Lain