suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Julia Perez Rayu Bantuan Penderma Darah Menerusi Instagram

Julia Perez

KEADAAN kesihatan Julia Perez yang mengalami penyakit kanser serviks dilaporkan semakin parah apabila tersebar berita penyanyi ini mencari penderma darah jenis A+ dengan segera.

Beberapa artis pada Khamis turut berkongsi foto berkaitan bantuan yang diperlukan Julia berserta nombor telefon yang perlu dihubungi.

Beberapa jam kemudian Julia memuat naik foto mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dengan masalah kesihatannya.

Dia juga memberitahu sudah mendapat penderma darah yang sama jenis dengannya.

Foto tersebut turut mendapat komen netizen yang memberi semangat kepada Julia agar terus melawan kanser yang dihadapinya.

Selain itu, terdapat juga khabar angin di media sosial yang mengatakan penyanyi tersebut sudah meninggal dunia.

Perkara itu dinafikan segera oleh pembantunya Diana yang menjelaskan Julia masih bernafas dengan baik.
Julia Perez

Artikel Lain