suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gong Yoo Tolak Undangan Bertemu Peminat

Nama Gong Yoo kembali digilai peminat selepas filem lakonannya Train To Busan dan drama bersiri Goblin menjadi fenomena.

PELAKON Gong Yoo terpaksa menolak undangan bertemu peminat di beberapa buah negara Asia dan Eropah selepas drama bersiri lakonannya Goblin menjadi fenomena di seluruh dunia.

Biarpun ditawar dengan bayaran lumayan namun pelakon itu tidak dapat memenuhi permintaan daripada pihak penganjur kerana jadualnya padat sehingga April depan.

Soompi melaporkan sebanyak 15 penganjur daripada seluruh dunia berminat untuk membawa Gong Yoo datang ke negara masing-masing bagi mengadakan sesi bertemu peminat.

Antara negara yang membuat undangan itu adalah Hong Kong, China, Singapura, Jepun, Taiwan, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Gong Yoo kini sedang dalam proses penggambaran filem dan drama terbaharunya selain terikat dengan kontrak sebagai duta beberapa produk di Korea.

Gong Yoo, Goblin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain