suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aretha Franklin Umum Tinggalkan Bidang Seni

Aretha Franklin mengumumkan persaraannya dari bidang muzik pada usia 74 tahun.

NEW YORK: Pada usia 74 tahun, penyanyi yang mendapat gelaran Queen of Soul, Aretha Franklin mengumumkan persaraannya dari bidang nyanyian.

Aretha membuat pengumuman itu ketika muncul menerusi program di saluran WDIV 4 di Detroit baru-baru ini seperti dilaporkan USA Today.

Bagaimanapun kata Aretha, sebelum bersara dia akan muncul dengan album terakhir yang akan diterbitkan oleh penyanyi dan komposer terkenal Stevie Wonder.

"Ini adalah tahun terakhir saya dalam bidang seni tetapi sebelum itu saya akan rakamkan album terakhir," katanya.

Dalam pada itu, Aretha berkata, antara alasan utama dia ingin bersara kerana ingin menghabiskan masa bersama keluarga  dan cucu-cucunya.

Selain itu kata penyanyi yang popular dengan lagu seperti Respect dan Think itu dia sudah berpuas hati dengan semua pencapaiannya sebagai penyanyi selama ini.

"Saya bersedia untuk bersara kerana saya sudah puas dengan apa juga saya lakukan dalam karier saya, tiada apa lagi yang ingin saya kejar.

"Tambahan pula saya ingin menghabiskan masa untuk diri sendiri selain bersama keluarga dan bermain dengan cucu," jelasnya.

Aretha Franklin

Artikel Lain