suria

Sukar Dapat Tajaan, Bryce Dallas Beli Gaun Sendiri

Bryce Dallas tampil dengan gaun yang dibelinya dengan harga RM1,300 sahaja.

SEPERTI tahun sebelumnya, aktres Bryce Dallas memberitahu dia membeli sendiri pakaian yang digayakan di hamparan karpet merah pada Screen Actors Guild Awards 2017 (SAG2017) yang berlangsung pada Isnin lalu.

Bryce memberitahu bentuk tubuhnya yang agak berisi menyukarkannya untuk mendapatkan tajaan pakaian daripada pereka fesyen terkenal selain sukar mendapat kerjasama penata gaya.

Bagaimanapun pelakon filem Black Mirror ini tidak melihat situasi tersebut sebagai alasan untuk tidak bergaya pada acara karpet merah malah gaun tanpa lengan dengan potongan dada rendah berwarna merah berkilau digayakannya mendapat perhatian.

Tambah menarik, gaun yang dibeli menerusi butik Dress of Population itu hanya berharga RM1,300.

Bryce Dallas, SAG 2017

Artikel Lain