suria

Wonder Girls Dibubarkan Selepas 10 Tahun Bersama

Wonder Girls mengumumkan pembubaran kumpulan itu selepas 10 tahun bersama.

KUMPULAN terkenal Wonder Girls dibuburkan selepas 10 tahun penubuhannya ekoran kontrak mereka bersama syarikat pengurusan JYP Entertainment tamat pada Rabu lalu.

Bagaimanapun kumpulan yang dianggotai oleh Yeeun, Sunmi, Yubin dan Hyerim itu akan melancarkan single terakhir mereka pada 10 Februari ini secara digital sebagai tanda perpisahan buat peminat setia mereka seperti dilaporkan Koreaboo.

Malah mereka turut melancarkan sebuah video berjudul Thank You For Being So Wonderful bagi mengucapkan rasa terharu dan terima kasih kepada para peminat yang menyokong perjalanan karier mereka selama ini.

"Kami akan merindui anda semua dan diharap anda akan terhibur dan mengingati kami setiap kami memutarkan lagu-lagu Wonder Girls.

"Ia akan menjadi suatu memori yang tidak boleh dilupakan," kata Hyerim mewakili anggota Wonder Girls.

Melancarkan karier pada 2007, Wonder Girls mula dikenali di seluruh dunia apabila lagu Nodoby mendapat sambutan luar biasa peminat.

Malah lagu berkenaan berjaya memasuki carta Billboard 100 pada 2009 di tangga ke-76.

Sementara itu, JYP Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu Yubin dan Hyerim akan terus bersama agensi itu untuk mencuba karier secara solo seperti berlakon dan pengacaraan.

Manakala Yeeun dan Sunmi memilih untuk meninggalkan syarikat pengurusan itu.

Wonder Girls, Nobody

Artikel Lain