suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Produksi Anugerah Golden Disk Mohon Maaf Kepada Taeyeon

Persembahan Taeyeon pada Anugerah Golden Disk baru-baru ini terganggu akibat masalah teknikal.

PIHAK produksi Anugerah Golden Disk mengeluarkan permohonan maaf kepada Taeyeon berhubung masalah yang berlaku ketika penyanyi itu mengadakan persembahan pada acara tersebut baru-baru ini.

Koreaboo melaporkan Taeyeon terpaksa bergegas ke pentas untuk mengadakan persembahan sejurus selepas menerima trofi Digital Bonsang Award menerusi lagunya berjudul Rain walaupun masih belum bersedia.

Lagu yang sepatutnya dinyanyikan Taeyeon tiba-tiba dimainkan hingga memaksa penyanyi itu berlari ke pentas walaupun tidak sempat memasang fon telinga.

Akibat daripada kejadian itu, persembahan Taeyeon mengalami masalah disebabkan penyanyi itu tidak dapat mendengar suara dan lagu yang dimainkan ekoran fon telinga yang tidak dipasang.

Bagaimanapun Taeyeon tetap meneruskan nyanyiannya walaupun persembahan itu tidak memuaskan.

Sementara itu, pihak produksi dalam kenyataan memberitahu kesalahan itu adalah datang daripada krew dan memohon maaf kepada semua peminat.

"Ketika Taeyeon hadir untuk latihan semuanya berada dalam keadaan baik namun beberapa masalah yang datang dari pihak kami telah menyebabkan persembahannya bermasalah pada malam itu.

"Kami mohon maaf dan berjanji kejadian seumpama itu tidak akan berlaku pada masa hadapan," kata wakil produksi acara itu.

Taeyeon, Anugerah Golden Disk

Artikel Lain