suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rating 'Infinity Challenge' Naik Mendadak Kerana Big Bang

RATING program realiti Infinity Challenge naik mendadak sebanyak 12.9 peratus selepas menjemput kumpulan popular Big Bang sebagai artis undangan mereka.

Perkara itu turut membuatkan program itu menjadi acara paling banyak ditonton bukan sahaja untuk slot itu, malah menjadi program rating tertinggi pada minggu itu.

Program yang disiarkan Sabtu lalu itu menampilkan kesemua lima ahli kumpulan berkenaan termasuk G-Dragon untuk menghiburkan penonton.

Pelbagai aktiviti mencuit hati yang menunjukkan sisi lain diri penyanyi kumpulan itu berjaya membuatkan penonton ketawa.

Mereka turut menceritakan soal kerjaya nyanyian dan memberi pendapat tentang diri masing-masing.

Big Bang

Artikel Lain