suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Young Kwang Bercakap Sendirian Kerana Sunyi

Kim Young Kwang mempunyai tabiat bercakap dengan dirinya sendiri apabila berasa sunyi.

PELAKON Kim Young Kwang mendedahkan dia mempunyai tabiat bercakap dengan dirinya sendiri apabila berasa sunyi.

Young Kwang berkata, walaupun ada menganggap perkara itu sebagai pelik tetapi baginya ia sebagai terapi untuk menghilangkan rasa sedih kerana selalu bersendirian.

"Kerjaya sebagai seorang selebiriti bukan semuanya indah dan pada kebanyakan masa saya sunyi dan sering bersendirian.

"Sehingga pada satu tahap saya bercakap dengan diri sendiri kerana tiada teman untuk berbicara.

"Ia mula menjadi tabiat yang saya anggap sebagai terapi untuk mengelakkan saya berasa sedih kerana sering bersendirian di rumah," katanya seperti dilaporkan Allkpop.

Dalam pada itu, Young Kwang berkata, pada kebiasaannya dia bercakap dengan dirinya sendiri ketika sedang melakukan kerja rumah, menonton televisyen dan sebelum tidur.

"Sebelum tidur saya memang banyak berbual dengan diri sendiri tentang pelbagai perkara dan saya agak mahir dengannya sekarang," katanya.

Kim Young Kwang

Artikel Lain