suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kendall Jenner Padam Akaun Instagram

Kendall Jenner mengambil keputusan memadam akaun Instagramnya yang mempunyai 68 juta pengikut.
MODEL Kendall Jenner yang mempunyai 68 juta pengikut di Instagram dilaporkan telah memadam akaun laman sosial popular itu pada Isnin lalu.

USA Today melaporkan Kendall, 21, tidak memberikan sebarang penjelasan terhadap tindakannya itu sehingga menimbulkan tanda tanya peminatnya.

Tindakan Kendall itu dibuat selepas kakak tirinya, Kim Kardashian tidak lagi aktif di media sosial selepas kejadian rompakan bersenjata di Paris pada 3 Oktober lalu.

Dalam pada itu, sumber memberitahu tindakan Kendall itu berikutan kejadian dia menjadi mangsa hendap oleh seorang lelaki dikenali sebagai Shavaughn McKenzie yang menceroboh masuk kediaman model itu baru-baru ini.

Bagaimanapun lelaki itu telah dihadapkan ke mahkamah dan Kendall dalam keterangannya memberitahu dia berasa terancam dengan tindakan Shavaughn.

Kendall Jenner, Instagram

Artikel Sebelum

Artikel Lain