Drake Beli Barangan Mewah Untuk Kucing Taylor Swift - Bintang Global | mStar

Drake Beli Barangan Mewah Untuk Kucing Taylor Swift

Drake dan Taylor dikatakan mempunyai hubungan istimewa.
PENYANYI rap Drake dilaporkan membeli pelbagai barangan mewah untuk kucing peliharaan Taylor Swift yang kini dikaitkan mempunyai hubungan romantik dengan wanita itu.

Hollywood Life melaporkan Drake menghabiskan masa hampir sejam di sebuah kedai aksesori kucing untuk mengambil hati wanita berkenaan.

"Dia bukan sahaja membeli barangan keperluan biasa diperlukan tetapi beg mewah untuk Talyor meletakkan kucing kesayangannya.

"Drake benar-benar cuba mengambil hati Taylor apabila mengetahui penyanyi itu benar-benar sayangkan kucing," kata sumber.

Dalam pada itu, Drake, 30, dan Taylor dilihat banyak menghabiskan masa bersama sejak bertemu dalam satu majlis pada bulan lalu.

Walaupun tiada pengesahan tentang hubungan sebenar mereka namun pasangan itu dikatakan bakal berkolaborasi menerusi lagu terbaharu.

Drake , Taylor Swift

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Boo anjing paling comel di dunia mati