suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chris Hemsworth Tidak Yakin Miley Cyrus Sedia Kahwini Adiknya

Chris takut adiknya Liam disakiti Miley sekali lagi.
PENYANYI Miley Cyrus akhirnya mengaku dia kini kembali bertunang dengan Liam Hemsworth selepas dilaporkan sudah putus hubungan sebelum ini.

Biarpun mendapat sokongan daripada peminat-peminatnya, namun abang lelaki berkenaan iaitu Chris Hemsworth dikatakan tidak setuju dengan hubungan yang bertaut kembali itu.

Seperti dipetik Daily Mail, Chris tidak yakin wanita tersebut betul-betul ingin kembali bersama adiknya dan bersedia untuk berkahwin.

"Miley menunjukkan sikap seperti sudah bersedia untuk berkahwin, tapi Chris tidak yakin wanita itu mampu menjadi isteri yang baik kepada Liam," ujar sumber.

Menurut sumber, Chris bimbang wanita itu sekali lagi menyakiti hati adiknya yang benar-benar cintakan Miley.
Miley Cyrus

Artikel Lain