suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adele Rancang Kahwin Simon Kinocki Disember

PENYANYI Adele dilaporkan bakal berkahwin dengan kekasihnya Simon Kenocki pada Disember depan.

Seperti dipetik Daily Mail, pasangan itu akan berkahwin sempena perayaan Krismas akan datang dan merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan di Los Angeles.

"Mereka merancang untuk berkahwin di Los Angeles dan pernikahan itu berlangsung ketika cuti sekolah kerana ingin anak Simon hadir pada majlis itu.

"Namun, hingga kini kedua-dua pihak masih belum bersedia untuk mendedahkan perkara peribadi itu," ujar sumber.

Tambahnya, penyanyi All I Ask itu sudah memakai cincin pertunangan dan tidak mahu ikatan hubungan diketahui umum.

Lima tahun menjalinkan hubungan percintaan Adele dan kekasihnya terlalu tertutup dengan kehidupan peribadi mereka.

Pasangan ini juga jarang muncul dikhalayak bagi mengelak sebarang gosip.


Adele

Artikel Lain