suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pihak Pengurusan Sangkal Suzy Bakal Tinggalkan Miss A

Suzy masih anggota bersama Miss A dan tidak akan meninggalkan kumpulan itu buat masa ini.
PENYANYI Suzy tidak akan meninggalkan kumpulan Miss A seperti dilaporkan menurut syarikat pengurusannya, JYP Entertainment dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Bagaimanapun pihak agensi berkenaan tidak menafikan Suzy bakal tampil dengan projek solonya namun bukan dalam masa terdekat ini.

"Berhubung Suzy akan meninggalkan Miss A sama sekali tidak benar dan dia masih ahli kumpulan berkenaan.

"Gosip itu mengarut dan ia sengaja diada-adakan namun tidak dinafikan Suzy akan tampil dengan projek solo.

"Pun begitu ia bukan dalam masa terdekat ini dan perancangan mengenainya masih awal," kata kenyataan itu seperti dilaporkan Soompi.

Terdahulu, gosip Suzy meninggalkan Miss A kecoh dikalangan peminat sejak bulan lalu sehingga menimbulkan perdebatan di laman sosial.

Malah tempat Suzy dikatakan sudah mempunyai pengganti iaitu peserta program realiti Sixteen.

Sejak awal tahun ini tiga ahli Miss A meninggalkan kumpulan itu manakal ahli lain sibuk dengan karier solo masing-masing.

Kali terakhir mereka tampil dengan lagu baharu adalah pada Mei tahun lalu menerusi Only You.
Suzy, Miss A

Artikel Lain