suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat EXO Berang Lagu 'Promise' Diplagiat Pemuzik India

PEMINAT EXO mendakwa lagu popular kumpulan itu berjudul Promise diplagiat oleh pemuzik dari India iaitu Lilim dan G-Mate menerusi lagu mereka Broken Promise.

Lagu Broken Promise yang dilancarkan sejak 25 Jun lalu mempunyai persamaan dengan lagu Promise milik EXO tanpa memberi kredit kepada Lay, Chanyeol dan Chen yang mencipta lagu berkenaan.

Peminat turut meminta muzik video Broken Promise dipadam segera daripada laman Youtube.

"Kamu sangat memalukan, ini lagu EXO untuk peminat-peminatnya dan mana kredit nama mereka.

"Hapuskan segera, Promise adalah lagu untuk peminat yang ditulis oleh Lay dan liriknya oleh Chen dan Chanyeol," ujar netizen.

Bagaimanapun, muzik video Broken Promise akhirnya dipadamkan daripada laman Youtube selepas mendapat bantahan peminat-peminat EXO.
EXO

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain