suria

Taylor Kinney Temui Pengganti Lady Gaga

Lady Gaga dan Taylor mengumumkan perpisahan mereka pada Julai lalu.
PELAKON Taylor Kinney dilaporkan telah menemui cinta baharu selepas berpisah dengan Lady Gaga pada Julai lalu.

Page Six melaporkan Taylor kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pegawai radiologi berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Alanna DiGiovanni.

Mereka sebelum ini dilihat menghabiskan masa menonton perlumbaan Formula Satu selain dilihat menghadiri konsert Taylor Swift di Austin, Texas.

Alanna juga dilaporkan bersama Taylor di set penggambaran lelaki itu di Chicago baru-baru ini.

Bagaimanapun Gaga dalam satu temubual bersama Howard Stern pada Isnin lalu mengakui dia masih mencintai bekas tunangnya itu.

"Taylor dan saya sentiasa percaya kami adalah teman sehati sejiwa selain memegang impian besar dalam karier dalam karier kami berdua.

"Saya sangat rapat dengannya, Taylor adalah cinta hati dan sahabat saya," katanya.

Gaga menambah album terbaharunya, Joanne turut berkisarkan tentang hubungannya dengan Taylor.

Taylor Kinney, Lady Gaga

Artikel Berikut

Artikel Lain